2012年8月1日星期三

Lima Model untuk Membentuk Perwatakan Mulia Manusia

a. Tao Te Ching menyenaraikan lima model untuk membentuk perwatakan manusia dengan bertindak secara semulajadi atau mengikut hukum alam ataupun sehaluan dengan ajaran Tao .

1. Air
Air berkedudukan paling rendah berbanding dengan semua benda yang lain . Bentuknya berdasarkan bekas yang mengisinya kerana sifat kesemulajadiannya . kekuatan air adalah boleh menghakis adan memushnahkan gunung di samping mengukir kedalaman gaung . Oleh itu , tingkah laku manusia juga perlulah rendah diri , tidak memaksa diri terhadap sesuatu .

ii. Bersifat dan berkelakuan seperti budak .
Budak yang kecil melambangkan kesucian dalam kespontanan , iaitu kerelaan hati untuk melihat kesemua perkara sebagai sesuatu yang baru dan menarik . Misalnya , kemampuan untuk tertarik dengan rama-rama ,tumbuhan -tumbuhan mahupun kotak yang kosong . Sifat ini juga merujuk kepada kekuatan yang tenang . Bayi boleh menjerit sehari suntuk tanpa suaranya menjadi rosak .

iii . Sebuku kayu yang tidak diukir
Sebuah kayu yang telah diukir akan menjadi tetap dan rigid . Undang-undang , peraturan ataupun norma hidup manusia mudah menukar pemikiran seseorang sehingga menjadi keadaan yang teruk , tidak asli , tiada kebebasan , tidak kreatif dan tidak bertindak secara spontan . Tanpa diukir, sebuku kayu ini boleh diukir menjadi apa-apa sahaja dan dalam pelbagai bentuk . Oleh itu , kayu merujuk kepada kekosongan , mudah , dan kejujuran secara semula jadi .

iv. Yin ataupun perempuan
Perempuan melambangkan sumber kekreatifan kehidupan , kesuburan dan kesenian . Amalan baik dalam perempuan termasuklah ketenangan dan keamanan , tidak bertindak secara agresif , tidak terburu - buru , penuh kesopanan , kreativiti , ketelitian , dan penuh dengan misteri .

v. Potensi kekosongan ( tiada apa-apa yang berharga) /
Tiada ruang yang lebih untuk berubah atau maju dan tiada apa-apa yang boleh ditambah . Minda yang kosong merupakan minda tanpa keinginan demi kepentingan sendiri , iaitu rendah diri , tanpa sebarang idea tentang bagaimanakah sesuatu perkara mesti terjadi tetapi menerima sesuatu perkara sebagaimana ciri perkara itu sendiri .

0 条评论:

发表评论

订阅 博文评论 [Atom]

<< 主页