Konfusianisme
- Pengaruh dan falsafah Konfusius banyak mempengaruhi masyarakat cina di seluruh dunia termasuk masuyarakat Cina di malaysia . Falsafah Konfusisu juga dikenali sebagai Ru Jia atau Konfusianisme .
- Ajaran Konfusius terkandung di dalam buku Lun Yu ( Analekta atau Analects ) . Lun Yu merupakan sebuah karya yang dicatat dan disunting oleh pengikut-pengikut Konfusius yang mengumpulkan segala kata-kata dan pemikiran Konfusius .
- Ajaran Konfusius menekankan lima hubungan antara manusia yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat , iaitu :
a. Hubungan antara suami dengan isteri , iaitu hubungan mesra harus dijalin antara suami dan isteri seperti suami mesti jujur terhadap isteri dan isteri harus patuh kepada suami .
b.Hubungan antara bapa dengan anak , iaitu bapa harus berhati baik terhadap anak dan anak harus betanggungjawab terhadap orang tua .
C. Hubungan antara raja dengan pegawai , iaitu raja harus berperikemanusiaan dan pengawai harus menunjukkan taat setia .
d. Hubungan antara saudara tua dengan saudara muda (adik-beradik) , iaitu saudara tua harus bermurah hati dan membantu serta yang muda harus patuh dan hormat .
e. Hubungan antara saudara tua dengan saudara muda (adik-beradik ) , iaitu saudara tua harus bermurah hati dan membantu serta yang muda harus patih dan hormat .
e. Hubungan antara sahabat harus berasaskan kejujuran .
4. Mengikut Konfusius , kalau setiap individu berkelakuan baik dalam hubungan sosial masing-masing , maka negara akan berada dalam keadaan yang aman dan makmur .
5. Nilai -nilai murni yang ditekankan oleh Konfusianisme boleh dibahagikan kepada :
a. Wu Chang ( Five Virtues ) iaitu lima sifat murni manusia atau etika manusia yang terdiri daripada :
i. Ren - yang membawa maksud perikemanusiaan , iaitu manusia perlu memiliji sifat-sifat kemanusiaan , kasih sayang sesama manusia .
ii.Yi - Bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral dan patutu dalam melaksanakan sesuatu tindakan .
iv . Zhi - Zhi yang bererti kebijaksaan , iaitu seseorang harus mempunyai pengetahuan dalam pelbagai aspek .
v. Xin - Xin bermaksud kebolehpercayaan , iaitu kita harus berpegang kepada janji dan menghulurkan bantuan kepada kawan apabila mereka memerlukan bantuan .
b. Ba De atau lapan nilai murni :
i . Xiao - bermaksud menunjukkan ketaatan kepada ibu bapa dan orang tua . Anak harus bertanggungjawab kepada ibu bapa semasa mereka tua .
ii. Ti - Merujuk kepada kasih sayang terutamanya kasih sayang antara adik-beradik. Mengikut Konfusianisme , hubungan yang baik antara adik-beradik harus dijalin untuk mengelakkan konflik .
iii, Zhong - Boleh ditakrifkan sebagai taat setia contohnya seseorang rakyat haruslah menunjukkan taat setia kepada negara , komuniti , pekerjaan masing-masing .
iv. Xin - bermaksud kebolehpercayaan dan keikhlasan atau amanah . Sebagai manusia yang bermoral kita haruslah berpegang kepada janji kita dan tidak boleh menipu orang lain . Mengikut Konfusius , Konsep Xin harus ditekankan untuk mengelakkan penipuan dan penyelewengan .
v. Li - Yang meliputi nilai bersopan santun , berbudi bahasa , kelakuan , uapacara amal dan istiadat bermaksud kita harus bersopan terhadap orang lain ,, mematuhi segala undang-undang dan peraturan .
vi . Yi - Bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral dan patut dalam melaksanakan sesuatu tindakan .
Vii. Lian - membawa maksud kejujuran dan ketulusan , iaitu melakukan sesuatu dengan jujur dan tidak bersifat tamak .
Viii . Chi -Chi bersifat mengenal malu . Seseorang yang mengenal malu , tidak akan melakukan sesuatu perbuatan yang melanggari norma hidup .
Daripada lapan nilai murni di atas , terdapat nilai-nilai yang boleh digabungkan dan menjadi nilai yang lebih bermakna seperti :
- Zhong + xiao = zhong xiao yang bermaksud menunjukkan taat setia kepada negara dan berbakti kepada ibu bapa .
- Xin + Yi = Xin Yi pula merujuk kepada yang boleh dipercayai dan menepati janji .
6. Jika setiap nilai yang terkandung dalam konfusianisme dipraktikan dengan sepenuhnya , perwatakan yang baik , keluarga yang bahagia dan negara yang adil serta masyarakat seluruh dunia yang aman dan damai dapat diwujudkan .
0 条评论:
发表评论
订阅 博文评论 [Atom]
<< 主页