Konsep-konsep Penting Dalam Taoisme
1. Wu-wei ( Tindakan kesemulajkadian )
a. TIndakan ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak berntindak secara bertentangan . Tidak memaksa sesuatu masuk ke dalam acuan kita , iaitu tidak memaksa sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kesemualajadian seperti apa yang kita kehendaki . Tidak melakukan sesuatu di luar kemampuan manusia .
b. Tindakan ini dilakukan dengan mengelakkan diri daripada paksaan yang keras ketika berurusan dengan orang lain . membiarkan sesuatu perkara berlaku dan menerima kesan secara semula jadi .
C. Seseorang yang bertindak mengikut keadaan secara semula jadi . Dunia dicipta , semua benda hidup membesar dan mati , kesemuannya tanpa tanda usaha .
d. Tanpa tindakian (WU-WEI) , anda membiarkan dunia bekerja untuk anda dan dapat menikmatinya manakala melalui tindakan , anda akan mendapati bahawa anda bekerja untuk dunia dan sentiasa mendapati bahawa segala tindakan anda adalah tidak mencukupi . Oleh itu , hidup manusia menjadi bererti setelah mencapai wu-wei .
e. Sekirannya anda mementingkan diri sendiri , anda akan mendapati bahawa anda berlainan dengan segala-galanya . Satu-satunya cara untuk mengenal pasti diri anda berinteraksi dengan kesemulajadian adalah dengan menghapuskan keegoan dalam prinsip kehidupan anda . Jika seseorang mengenal pasti dirinya dengan kesemulajadian atau natural , sifat keegoan akan ditenangkan . Seseorang yang mementingkan keegoaan tidak akan mencapai tindakan secara spontan . Dalam erti kata yang lain , tindakan wu-wei merujuk kepada tindakan tanpa ciptaan atau rekaan yang bertentangan dengan kesemulajadian .
0 条评论:
发表评论
订阅 博文评论 [Atom]
<< 主页