2012年7月31日星期二

Konfusianisme


  1. Pengasas falsafah Konfusianisme ialah Konfusius . Konfusius dilahirkan pada 551 Sebelum Masihi dan berasal dari daerah Lu , negara China kini dikenali sebagai daerah Shantong dan meninggal dunia pada 479 sebelum  Masihi (Cheu, 2000 ) . Nama sebenar Konfuisius ialah Kong Qiu tetapi beliau lebih dikenali sebagai Kong Fuzi atau Kongzi . Beliau berasal daripada golongan bangsawan . 
  2. Konfusius pernah dilantik menjadi Menteri Keadilan dan Perdana Menteri di daerah Lu . Pada 496 Sebelum Masihi , Konfusius telah dilucutkan daripada jawatannya disebabkan kecemburuan pengawai . Beliau mengembara dari sebuah wilayah ke wilayah lain di negara China untuk menasihati pembesar-pembesar feudal tentang cara pentadbiran yang baik 

Pandangan Agama Buddha Terhadap Isu Moral

Dadah dan Alkohol 


Encik Beng Hock yang merupakan seorang usahawan minuman beralkohol disaman kerana memandu dalam keadaan mabuk . 


Dari sudut ajaran agama Buddha , tindakan beng Hock ini dikatakan tidak bermoral kerana dia telah melanggar prinsip kelima Panca Sila , iaitu " jangan minum minuman berakohol " . Berdaasarkan prinsip Panca Sila ini , perbuatan meminum arak adalah salah kerana boleh membawa kepada kesalahan lain . Jika Beng Hock memandu dalam keadaan mabuk , besar kemungkinan dia terlanggar pengguna jalan raya yang lain . Lebih teruk lagi , tindakannya yang berpunca daripada munum arak ini boleh berakhir dengan mendatangkan maut kepada diri sendiri mahupun pengguna jkaolan raya yang lain . Tambahan pula , pekerjaannya sebagai usahawan minuman beralkohol adalah bertentangan dengan Jalan Lapan Lapis Mulia yang menekankan konsep Pekerjaan yang betul . Menjual minuman keras tidak termasuk dalam konsep Pekerjaan yang Betul .